Tuesday, January 8, 2013

MBA in UiTM




Alhamdulillah , along diterima untuk jadi pelajar 2013 ni di UITM. Along apply masa ada opening Ogos 2012. So, mase apply tu kene pegi BSN beli PIN no. RM 50 , then baru boleh start isi borang online. Kene print ape yang patut , mintak pengesahan dan recommendation daripada previous lecturer di UPM. Complete semuanya along hantar by POS to UITM dan bersabar menanti jawapan.

18 Disember 2012 along dapat surat untuk datang temuduga di UiTM. Salinan sijil yang telah disahkan kene bawa seperti yang dlm surat panggilan temuduga. Tapi, along tengok ada juga yang bawa salinan sijil yang belum disahkan dan perlu disahkan sebelum dihantar. Apa kepentingangan salinan sijil tu along tak pasti sebab seingat along semua salinan sijil telah dihantar semasa borang online dilengkapkan dulu. Along pergi mendaftar kemudian ada ujian bahasa inggeris. Ujian tu, minta along tulis a page of simple essay about article yang diberi. Article itu berkenaan management issue.

 Lepas ujian tu, along kene menunggu giliran untuk ditemuduga. 3 org penemuduga dan 3 org bakal pelajar didalam 1 bilik. Soalan yang ditanya berkenaan diri sendiri dan kerjaya sekarang. Along cuba mohon supaya dapat weekend class, tapi memandangkan pengalaman kerja hanya 2 tahun (2010-2012)  so, along tak layak. Along dapat weekdays class.  3hari seminggu, pukul 6 ptg- 10 mlm or depends to lecturer.

9.1.2013, rezeki tahun baru. Along dapat surat tawaran sambung belajar Master in Business Administrative untuk March Intake. Pendaftaran 9.2.2013. Untuk keperluan pendaftaran lepas semua setel barulah along boleh kongsi.

Semoga hati dan mental kental menghadapi dan menamatan pembelajaran yang sekian lama ditinggalkan.


Daripada ALONG.




Monday, November 26, 2012

KAHWIN : What to expect

Apakah jangkaan atau expectation selepas berkahwin. 

  1. Tiada yang SEMPURNA
    • Masa berkawan, pada mata kita mungkin dia dah cukup sempurna
    • Masa bercinta, dia ada kekurangan tapi kita dah belajar menerima
    • Selepas berkahwin.... masih banyaaaaaaakk kelebihan dan kekurangan dia yang kita perlu faham dan terima seadanya sepertimana dia terima kita. 
    • Masa pertama kali berlaku pertelingkahan, sabar dan sentiasa ingat tiada yang sempurna. Cari masa sesuai untuk berbincang perkara tersebut sebelum ia terus berulang pada masa akan datang. 
    • Ingat, tiada yang sempurna kerana pada pendapat along KAHWIN itu salling melengkapi. 
      •  Kita masak tak sedap tapi mungkin kelebihannya kita suka mengemas dan suami lebih senang masak sendiri. MUNGKIN
      • Kita rajin memasak tapi suami tak suka makan tapi mungkin kelebihannya kita pn dapat diet sekali. MUNGKIN
      • Kita malas mengemas tapi rajin basuh baju. mungkin suami kita memang ringan tulang untuk bantu kita basuh baju. MUNGKIN
      • Suami cepat marah tapi cepat sejuk. Kita susah marah tapi kuat merajuk.
  2. Manusia tidak akan berhenti berkata-kata
    • Yang ni memang susah sikit. sebab kalau awak baru kahwin , baru pindah rumah. So, ofkos la rumah tak berapa lengkap. Mesti leh dengar "kesiannye, boleh ke hidup camni?"
    • ada 1 je petua kalau dalam kes ni. ABAIKAN. 
  3. Belajar lah mana yang PERLU. 
    • Tak salah belajar masak kegemaran suami tak salah belajar pujuk isteri. Tapi kalau belajar masak untuk puaskan ati orang sekeliling, buat penat je. Masak penat-penat suami tak makan, kamu pun tak berapa gemar. Buang masa.
    • Suami pun tak salah belajar guna mesin basuh kesayangan isteri. Kejutan macam sidai baju pun boleh buat isteri senyum seharian okay... 


p/s : along dan abang long baru je setahun berkahwin, masih sangat banyak untuk kami belajar.