
Alhamdulillah , along diterima untuk jadi pelajar 2013 ni di UITM. Along apply masa ada opening Ogos 2012. So, mase apply tu kene pegi BSN beli PIN no. RM 50 , then baru boleh start isi borang online. Kene print ape yang patut , mintak pengesahan dan recommendation daripada previous lecturer di UPM. Complete semuanya along hantar by POS to UITM dan bersabar menanti jawapan.
18 Disember 2012 along dapat surat untuk datang temuduga di UiTM. Salinan sijil yang telah disahkan kene bawa seperti yang dlm surat panggilan temuduga. Tapi, along tengok ada juga yang bawa salinan sijil yang belum disahkan dan perlu disahkan sebelum dihantar. Apa kepentingangan salinan sijil tu along tak pasti sebab seingat along semua salinan sijil telah dihantar semasa borang online dilengkapkan dulu. Along pergi mendaftar kemudian ada ujian bahasa inggeris. Ujian tu, minta along tulis a page of simple essay about article yang diberi. Article itu berkenaan management issue.
Lepas ujian tu, along kene menunggu giliran untuk ditemuduga. 3 org penemuduga dan 3 org bakal pelajar didalam 1 bilik. Soalan yang ditanya berkenaan diri sendiri dan kerjaya sekarang. Along cuba mohon supaya dapat weekend class, tapi memandangkan pengalaman kerja hanya 2 tahun (2010-2012) so, along tak layak. Along dapat weekdays class. 3hari seminggu, pukul 6 ptg- 10 mlm or depends to lecturer.
9.1.2013, rezeki tahun baru. Along dapat surat tawaran sambung belajar Master in Business Administrative untuk March Intake. Pendaftaran 9.2.2013. Untuk keperluan pendaftaran lepas semua setel barulah along boleh kongsi.
Semoga hati dan mental kental menghadapi dan menamatan pembelajaran yang sekian lama ditinggalkan.
Daripada ALONG.