Friday, November 23, 2012

Berhenti Kerja








Pernah tak korang rasa nak BERHENTI KERJA sebab tekanan kat tempat kerja. Mostly, tekanan mesti datang daripada MANUSIA kan. Kalau mesin yang buat hal senang boleh lagi nak selesaikan. Tapi bila manusia ni panjang sikit cerita nya.

Kadang dia rasa dia je yang betul, kadang dia rasa yang dialah paling banyak buat kerja. Hanya kerana kita tak Nampak macam buat kerja xsemestinya kita tak kerja kan.

Tapi bila kita fikir rasional, kerja di mana mana pun sama je, unless kita tak kerja dengan manusia lagi which is na mumkin( tak mungkin) bagi bidang along ni. So, abang Long ada pesan kalau nak berhenti kene pastikan ada nampak KEMAJUAN yang drastik bukan di takuk yang lama. Maksudnya kalau dulu operator, takkan la berhenti tukar kerja masih operator. Kalau nak tukar kerja jadi supervisor dengan GAJI berbaloi, SKOP KERJA yang munasabah, WAKTU KERJA yang bersesuaian barulah boleh tukar kerja. Banyakkkan syarat-syarat abang Long. Tapi betullah.

Lari daripada masalah bukan penyelesaian. Hadapi dengan tenang dan bijak. Sekarang along pegang, yang penting tugasan along siap. Ape orang nak kata biar la ,dia penat nanti dia diamlah kan. Iye tak.

Kesimpulannya, along kene DENGAR cakap suami aka abang long supaya hidup berkat (isteri solehah katakan). Masalah kerja biar kat tempat kerja dan masalah rumah biarlah kat rumah.

p/s: Mari berusaha menghantar resume supaya ada peluang yang menepati piawaian abang long tu.

1st time along buat komik  camni tau. So, FYI muka abang long macam tu biasanya bila dia malas nak layan bini dia yang terbaiiiik ni. hehehe. 

No comments:

Post a Comment