Apakah jangkaan atau expectation selepas berkahwin.
- Tiada yang SEMPURNA
- Masa berkawan, pada mata kita mungkin dia dah cukup sempurna
- Masa bercinta, dia ada kekurangan tapi kita dah belajar menerima
- Selepas berkahwin.... masih banyaaaaaaakk kelebihan dan kekurangan dia yang kita perlu faham dan terima seadanya sepertimana dia terima kita.
- Masa pertama kali berlaku pertelingkahan, sabar dan sentiasa ingat tiada yang sempurna. Cari masa sesuai untuk berbincang perkara tersebut sebelum ia terus berulang pada masa akan datang.
- Ingat, tiada yang sempurna kerana pada pendapat along KAHWIN itu salling melengkapi.
- Kita masak tak sedap tapi mungkin kelebihannya kita suka mengemas dan suami lebih senang masak sendiri. MUNGKIN
- Kita rajin memasak tapi suami tak suka makan tapi mungkin kelebihannya kita pn dapat diet sekali. MUNGKIN
- Kita malas mengemas tapi rajin basuh baju. mungkin suami kita memang ringan tulang untuk bantu kita basuh baju. MUNGKIN
- Suami cepat marah tapi cepat sejuk. Kita susah marah tapi kuat merajuk.
- Manusia tidak akan berhenti berkata-kata
- Yang ni memang susah sikit. sebab kalau awak baru kahwin , baru pindah rumah. So, ofkos la rumah tak berapa lengkap. Mesti leh dengar "kesiannye, boleh ke hidup camni?"
- ada 1 je petua kalau dalam kes ni. ABAIKAN.
- Belajar lah mana yang PERLU.
- Tak salah belajar masak kegemaran suami tak salah belajar pujuk isteri. Tapi kalau belajar masak untuk puaskan ati orang sekeliling, buat penat je. Masak penat-penat suami tak makan, kamu pun tak berapa gemar. Buang masa.
- Suami pun tak salah belajar guna mesin basuh kesayangan isteri. Kejutan macam sidai baju pun boleh buat isteri senyum seharian okay...
p/s : along dan abang long baru je setahun berkahwin, masih sangat banyak untuk kami belajar.



