Monday, November 26, 2012

KAHWIN : What to expect

Apakah jangkaan atau expectation selepas berkahwin. 

  1. Tiada yang SEMPURNA
    • Masa berkawan, pada mata kita mungkin dia dah cukup sempurna
    • Masa bercinta, dia ada kekurangan tapi kita dah belajar menerima
    • Selepas berkahwin.... masih banyaaaaaaakk kelebihan dan kekurangan dia yang kita perlu faham dan terima seadanya sepertimana dia terima kita. 
    • Masa pertama kali berlaku pertelingkahan, sabar dan sentiasa ingat tiada yang sempurna. Cari masa sesuai untuk berbincang perkara tersebut sebelum ia terus berulang pada masa akan datang. 
    • Ingat, tiada yang sempurna kerana pada pendapat along KAHWIN itu salling melengkapi. 
      •  Kita masak tak sedap tapi mungkin kelebihannya kita suka mengemas dan suami lebih senang masak sendiri. MUNGKIN
      • Kita rajin memasak tapi suami tak suka makan tapi mungkin kelebihannya kita pn dapat diet sekali. MUNGKIN
      • Kita malas mengemas tapi rajin basuh baju. mungkin suami kita memang ringan tulang untuk bantu kita basuh baju. MUNGKIN
      • Suami cepat marah tapi cepat sejuk. Kita susah marah tapi kuat merajuk.
  2. Manusia tidak akan berhenti berkata-kata
    • Yang ni memang susah sikit. sebab kalau awak baru kahwin , baru pindah rumah. So, ofkos la rumah tak berapa lengkap. Mesti leh dengar "kesiannye, boleh ke hidup camni?"
    • ada 1 je petua kalau dalam kes ni. ABAIKAN. 
  3. Belajar lah mana yang PERLU. 
    • Tak salah belajar masak kegemaran suami tak salah belajar pujuk isteri. Tapi kalau belajar masak untuk puaskan ati orang sekeliling, buat penat je. Masak penat-penat suami tak makan, kamu pun tak berapa gemar. Buang masa.
    • Suami pun tak salah belajar guna mesin basuh kesayangan isteri. Kejutan macam sidai baju pun boleh buat isteri senyum seharian okay... 


p/s : along dan abang long baru je setahun berkahwin, masih sangat banyak untuk kami belajar. 

Friday, November 23, 2012

Berhenti Kerja








Pernah tak korang rasa nak BERHENTI KERJA sebab tekanan kat tempat kerja. Mostly, tekanan mesti datang daripada MANUSIA kan. Kalau mesin yang buat hal senang boleh lagi nak selesaikan. Tapi bila manusia ni panjang sikit cerita nya.

Kadang dia rasa dia je yang betul, kadang dia rasa yang dialah paling banyak buat kerja. Hanya kerana kita tak Nampak macam buat kerja xsemestinya kita tak kerja kan.

Tapi bila kita fikir rasional, kerja di mana mana pun sama je, unless kita tak kerja dengan manusia lagi which is na mumkin( tak mungkin) bagi bidang along ni. So, abang Long ada pesan kalau nak berhenti kene pastikan ada nampak KEMAJUAN yang drastik bukan di takuk yang lama. Maksudnya kalau dulu operator, takkan la berhenti tukar kerja masih operator. Kalau nak tukar kerja jadi supervisor dengan GAJI berbaloi, SKOP KERJA yang munasabah, WAKTU KERJA yang bersesuaian barulah boleh tukar kerja. Banyakkkan syarat-syarat abang Long. Tapi betullah.

Lari daripada masalah bukan penyelesaian. Hadapi dengan tenang dan bijak. Sekarang along pegang, yang penting tugasan along siap. Ape orang nak kata biar la ,dia penat nanti dia diamlah kan. Iye tak.

Kesimpulannya, along kene DENGAR cakap suami aka abang long supaya hidup berkat (isteri solehah katakan). Masalah kerja biar kat tempat kerja dan masalah rumah biarlah kat rumah.

p/s: Mari berusaha menghantar resume supaya ada peluang yang menepati piawaian abang long tu.

1st time along buat komik  camni tau. So, FYI muka abang long macam tu biasanya bila dia malas nak layan bini dia yang terbaiiiik ni. hehehe.