Mikrob didalam makanan adalah punca utama berlakunya keracunan makanan. Oleh itu suhu dan tempoh memasak adalah sangat penting bagi menghasilkan makanan selamat untuk dimakan.
- Pencemaran Silang (Cross Contamination)
- Apabila kita potong sayur, kita akan cenderung untuk menggunakan papan pemotong yang sama, betul tak? melainkan kita memang dah khususkan papan dan pisau berlainan untuk jenis makanan yang berbeza. Sebagai contoh, antara ayam dan sayur, ayam mempunyai lebih banyak mikrob yang boleh memudaratkan. Mikrob tersebut hanya akan mati jika dimasak (suhu tinggi). Kita dengan tanpa was was menggunakan papan pemotong ayam tanpa mencucinya dengan teliti untuk memotong sayur.
- Kita masak sayur dengan sisa ayam pada kadar yang laju sebab kamu tak mahu syur layu nanti tak sedap katenye. Tapi, kita tak sedar yang kita membiarkan mikrob daripada papan pemotong itu bermaharaja lela.
- Penggunaan alatan seperti pisau, bakul, besen atau papan pemotong yang tidak dicuci dengan teliti boleh menyebabkan keracunan makanan.
- Jika makanan yang dipotong adalah makanan sedia untuk dimakan (ready to eat food) langkah berhati-hati perlu lebih sempurna bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Contoh: roti, kuih muih dan buah-buahan.
- Kesimpulannya : Cuci semua alatan dapur dengan bersih. Jika MAMPU guna alatan berasingan untuk sayur-sayuran, daging dan makanan sedia untuk dimakan.