Wednesday, September 12, 2012

Along dan Abg. Long


Along masih muda dalam alam perkahwinan ni. Baru setahun. Along kahwin mestilah dengan abang long. Macam makcik kawin ngan pakcik, mak uda kawin ngn pak uda. Hehehehe tetibe teringat Sepah punye lawak. Okay, so dalam blog ni gelaran suami along ialah Abg. Long

Along bekerja dan abg long pun kerja la juga. So, sama sama mencari rezeki. Buat masa ini kami berdua belum lagi dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak. tapi kami tidak akan berputus asa (-_-)". Kami masih lagi dalam proses perkenalan, memandangkan kami kan baru je kahwin. So, semoga perjalanan panjang kami ni diberkati Nya.


Along anak sulung dan abg long anak bongsu, so kadang kadang terbawa bawa perangai huduh kak yong yang garang tu. (T________T) Abg long yang bongsu ni kadang hati dier ade lembut skit. Hihihihi... itu lah namanya hidup bersama dan saling melengkapi. kalau tak lengkap jugak, kite g cari alternatif lain asalkan kite dapat bersama bahagia. cewahhh... jiwang sket


Ok la, bagi sape nak tengok rupa pengantin lama, sila la rujuk header.


Daripada ALONG.

No comments:

Post a Comment